RENUNGAN DIRI (09/12/2021)
Duhai Diri Yang Lelah Mengharungi Liku-liku Kehidupan Ini
Hidup ini ..
Seandainya ia berjalan dengan baik, maka nikmatilah. Namun ingatlah sahabatku, ia tidak kekal lama.
Seandainya ia berjalan kurang baik, maka jangan mengeluh. Kerana ingatlah ia juga tidak kekal lama.
Ketika diduga pelbagai dugaan, hingga rasa jatuh terduduk, tenangkanlah diri.
Baca Juga
DIA sentiasa ada.
Tak semua luka perlu semua orang tahu.
Kadang, cukup hanya simpan di qalbu dan dibisikkan pada Rabb-Mu di sepertiga malam.
DIA sentiasa menunggumu ..
Ketika diselubungi duka,
Hanya doa yang kita ada,
Ketika berada di titik yang sangat rapuh, maka mintalah kekuatan pada-NYA.
"Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkau kami bertawakal dan hanya kepada Engkau kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."
(Surah Al-Mumtahanah : 4)
Maha Suci Allah
Allah Maha Besar
Segala Puji Dan Syukur Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam
Wallahua'lam
Sumber: DAKWAH ISLAM
0 Response to "RENUNGAN DIRI (09/12/2021)"
Post a Comment