RENUNGAN HATI (11-12-2021)
Duhai Hati..!
Hidup ini sukar dijangka ..
Apa yang dirancangkan belum tentu menjadi nyata.
Apa yang tidak diharapkan menjelma tiba-tiba.
Namun itulah hakikatnya ..
Allah Maha Mengetahui apa yang telah direncana.
Dalam setiap satu punya cerita suka dan lara.
Pastinya berbalik kepada pengharapan yang tidak berbelah bahagi padaNya.
Tatkala air mata tidak mampu lagi melakarkan beban.
Ketahuilah disaat itu Allah sedang menabur cintaNya pada kita.
CINTA yang yang pernah Allah tanamkan di hati para nabi melalui ujian.
CINTA yang pernah Allah hulurkan ..
Pada Nabi Ibrahim saat mengujinya dengan api. ️
CINTA yang pernah Allah lukiskan ..
Pada Nabi Ayub dengan ujian penyakit. ️
CINTA yang pernah Allah ukirkan ..
Pada Nabi Muhammad dengan ujian dari kaum kafir.
Biarpun bentuknya tidak sama namun itu adalah sebahagian dari cinta Allah.
Bukankah rentetan kisah CINTA itu mampu mendamaikan hati yang lara?
Allah tahu ada pedih yang kita sembunyikan.
Allah tahu ada duka yang tidak mampu kita luahkan.
Kerana hati kita ini milik Allah ..
Maka,
Bila rasa sedih.
Berbaliklah pada Allah.
Bila Allah hantar rasa sedih.
Allah nak kita tabah.
Bila Allah hantar bahagia.
Allah nak kita sentiasa ucap syukur ..
"Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah"
(Surah At-Taubah :59)
Maha Suci Allah
Allah Maha Besar
Segala Puji Dan Syukur Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam
Wallahua'lam
Sumber: DAKWAH ISLAM
0 Response to "RENUNGAN HATI (11-12-2021)"
Post a Comment