-->

News Info

SEBELUM IMAM SYAFI'E PULANG KE RAHMATULLAH

WASIAT Imam Syafi'e SEBELUM pulang ke Rahmatullah

💥WASIAT Imam Syafi'e SEBELUM pulang ke Rahmatullah,💫

🌼Beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.🌼

🍁Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :🍁

*****  *****  *****  *****  *****  *****  *****

🌸Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.🌸

🍃1} PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.

Iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.🍃

🌿2} KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu : Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat

persedia'an untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.🌿

🍃3} KETIGA : HAK KEPADA KUBUR.

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sholat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.🍃

🌿4} KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.🌿

🍃5} KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.🍃

🌿6} KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjema'ah.🌿

🍃7} KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah سبحا نه و تعالى berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.🍃

🌿8} KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.🌿

🍃9} KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI ﷺ‎ .

Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.🍃

🌿10} KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH سبحا نه و تعالى.

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.🌿

🌾🍂🌾Semoga Bermanfaat 🌾🍂🌾

Sumber: DAKWAH ISLAM

0 Response to "SEBELUM IMAM SYAFI'E PULANG KE RAHMATULLAH"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel