-->

News Info

WANITA WANITA SHOLIHAH AHLI SYURGA YANG WAJIB DI CONTOH OLEH WANITA WANITA MUSLIMAH

Semoga ALLAH سبحا نه و تعالى senantiasa membimbing kita dalam keada'an iman dan takwa kepada-Nya

1. Siti Khadijah :

Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira.

2. Siti Fatimah :

Anak Rasulullah ﷺ yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali كرم الله وجهه walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah ﷺ pernah berkata aku takkan ma'afkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali ma'afkan kamu.

3. Siti Aisyah :

Beliau isteri Rasulullah ﷺ yang paling romantis. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar :

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

5. Siti Mariam :

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah سبحا نه و تعالى untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asyiah :

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah :

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan Mulia.

8. Siti Muti'ah :

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah :

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk keguna'an orang ramai hanya niat karna Allah سبحا نه و تعالى.

Semoga ALLAH سبحا نه و تعالى senantiasa membimbing kita dalam keada'an iman dan takwa kepada-Nya, dan mudah-mudahan ALLAH سبحا نه و تعالى menjadikan yang sudah menikah menjadi pasangan yang sakinah, mawaddah, warahmah, untuk ta'at kepada suami, dan menyayangi istrinya.

Dan yang belum menikah. Semoga ALLAH سبحا نه و تعالى pertemukan jodohnya, dan segera menikah dengan pasangan yang dikehendaki.🌿

آمِيّنْ..آمِيّنْ..آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Semoga Bermanfaat Untuk Kita semua

*والله أعلم*

Sumber: DAKWAH ISLAM

0 Response to "WANITA WANITA SHOLIHAH AHLI SYURGA YANG WAJIB DI CONTOH OLEH WANITA WANITA MUSLIMAH"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel