-->

News Info

6 PERKARA UNTUK MENJADI WANITA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

ALIMAH

Wanita yang berilmu dengan menjaga taklim secara istiqamah. Taklim adalah perintah Allah, ia juga merupakan roh kepada agama dan adalah salah satu pintu gerbang masuknya agama ke dalam rumah.

ZAHIDAH

Wanita yang hidupnya sederhana. Dengan hidup sederhana hisab akan mudah dan ringan. Maksud hidup sederhana adalah dari pakaian, makanan, perabotan rumah, penampilan.

ABIDAH

Wanita yang menjaga solat di awal waktu, zikir pagi dan petang. Semua kerja rumah selalu diiringi dengan zikir, istiqamah baca Al Quran, solat sunat, puasa wajib dan puasa sunat.

MURABIYYAH

Sebagai guru yang mendidik anak anak secara islam sesuai dengan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Anak merupakan amanah dari Allah jadi ibu kena ajar adabnya, badan, pakaian dan makanannya. Kenalkan agama kpd anak anak, latih supaya takut hanya pada Allah, tanamkan pada anak anak cinta pada Allah, RasulNya dan saudara, dan lain lain.

KHADDIMAH

Selalu berkhidmat untuk suami dan anak anak dalam setiap menunaikan keperluan mereka serta tamu yg dtg ke rumah dengan ikhlas semata mata kerana Allah.

DA'IYAH

Mengajak manusia untuk selalu taat kepada Allah SWT dan kepada Rasulullah SAW dengan tanam iman yakin kepada kampung akhirat.

Semoga bermanfaat..

Sumber: MHI

0 Response to "6 PERKARA UNTUK MENJADI WANITA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel